Senarai Calon BN #PRU13. Anwarinas Dalam UMNO Masih Wujud? Najib Kena Waspada? #TolakPR
PRU13
kebanyakkan orang bercakap inilah ibu kepada segala pilihanraya. Apa
faktor yang mengukur kepada semua ini aku pun masih samar. Apakah
disebabkan PRU12 BN gagal perolehi 2/3 majoriti ataupun ada sebab lain
menyebabkan ramai menganggap inilah PRU paling getir.
Sejarah
PRU12 perlu menjadi iktibar kepada seluruh pemimpin dan juga ahli UMNO.
Atas sebab cantas mencantas sesama sendiri, kita telah hilang 5 negeri.
Waktu itu pembangkang mendabik dada kononya mereka kuat, padahal UMNO
sendiri yang sabotaj calon parti mereka.
Hari ini
Pengerusi BN Malaysia (Najib) dan Pengerusi BN Negeri telahpun umum
nama calon untuk bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Seperti PRU 12, sudah pasti akan wujud kumpulan merajuk (Anwarinas)
dalam tempoh saat hari penamaan calon.
Siapa
kumpulan Anwarinas yang aku maksudkan? Cuba kita lihat sejarah. Anwar
tidak akan arahkan pengikut beliau supaya wujudkan parti keadilan jika
beliau seorang yang setia dengan UMNO. Masalah moral dan korupsi
menyebakan beliau tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada rakyat.
Jika
benar Anwar seorang yang setia, sudah pasti beliau akur dengan keputusan
mesyuarat yang tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia
kerana masalah skandal dan sebagainya.
Namun,
Anwar Ibrahim tidak peduli dengan semua itu. Nafsu untuk mendapatkan
kuasa bergelegak dalam jiwa Anwar ketika itu. Maka diarahkan balaci
beliau wujudkan parti Keadilan untuk menentang UMNO.
Hari ini,
semangat Anwarinas masih wujud dalam UMNO/BN. Mereka (ahli BN) yang
tidak dicalonkan untuk bertanding atas tiket BN pada PRU13 ini sudah
mula mencari jalan alternatif supaya boleh juga bertanding.
Kita
jangan terkejut jika ada dikalangan mereka ini cuba berjinak dengan PAS
atau PKR dalam masa terdekat ini bagi mencari tempat sebagai calon PRU.
Pembangkang mula merisik mereka-mereka ini dalam tempoh krisis ini.
Matlamat mereka bukan lagi perjuangkan bangsa atau agama, sebaliknya
perjuangkan diri sendiri.
Inilah
perangai Anwar yang masih wujud dalam UMNO/BN. Paling tidak, kalaupun
mereka tidak berjinak dengan pembangkang, mereka ini akan bertanding
atas tiket BEBAS.
Bagi aku,
tindakan Najib Razak cukup bijak. Beliau dari awal dapat menghidu dari
kupulan Anwarinas dalam UMNO/BN ini masih wujud. Maka telah diwujudkan
satu peraturan, "mana-mana ahli UMNO yang sabotaj parti pada PRU13" akan
boleh diambil tindakan disiplin.
Mungkin
dengan cara ini penyingkiran Anwarinas dalam UMNO/BN akan berjaya
walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko PRU13. Kumpulan Anwarinas
selama ini bagaikan api dalam sekam. Mereka ini bagai talam dua muka
yang hanya bergerak dalam diam menyebabkan Najib Razak sukar untuk
mengesan.
PRU13
adalah waktu dan ketika yang cukup baik untuk Najib Razak mengenali
betul-betul siapa Anwarinas dan siapa pula yang terus setia dengan parti
BN. Demi negara, Najib harus berkeras dalam soal ini.
Najib
Razak yakin dengan segala transformasi yang dilakukan oleh kerajaan
selama ini menjadi pakej lengkap untuk pastikan BN menang pada PRU13.
Bukan kita ingin mendabik dada, tetapi inilah realitinya. Rakyat mula
kenal Najib seorang yang bekerja keras dalam mendahulukan rakyat.
Pelbagai isu yang menimpa pihak pembangkang menguatkan lagi sokongan pengundi kepada kerajaan. Ditambah lagi dengan kekuatan Akujanji BN dan kelemahan Manifesto Bukan Janji pembangkang.
Pelbagai isu yang menimpa pihak pembangkang menguatkan lagi sokongan pengundi kepada kerajaan. Ditambah lagi dengan kekuatan Akujanji BN dan kelemahan Manifesto Bukan Janji pembangkang.
Semoga
transformasi politik yang Najib lakukan hari ini, menjadikan UMNO/BN
terus relevan kepada rakyat sampai bila-bila. Allah akan membantu pihak
yang benar.
Kepada
Anwarinas dalam UMNO/BN yang kecewa tidak dapat menjadi calon, silalah
bertanding BEBAS supaya mudah Najib kenal anda siapa.
sumber : http://tokguru86.blogspot.com
No comments:
Post a Comment