Pages

Tuesday 16 April 2013

TALI BARUT MENUNGGU MASA??NAJIB HARUS WASPADA!!!

Senarai Calon BN #PRU13. Anwarinas Dalam UMNO Masih Wujud? Najib Kena Waspada? #TolakPR

PRU13 kebanyakkan orang bercakap inilah ibu kepada segala pilihanraya. Apa faktor yang mengukur kepada semua ini aku pun masih samar. Apakah disebabkan PRU12 BN gagal perolehi 2/3 majoriti ataupun ada sebab lain menyebabkan ramai menganggap inilah PRU paling getir.

Sejarah PRU12 perlu menjadi iktibar kepada seluruh pemimpin dan juga ahli UMNO. Atas sebab cantas mencantas sesama sendiri, kita telah hilang 5 negeri. Waktu itu pembangkang mendabik dada kononya mereka kuat, padahal UMNO sendiri yang sabotaj calon parti mereka.

Hari ini Pengerusi BN Malaysia (Najib) dan Pengerusi BN Negeri  telahpun umum nama calon untuk bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Seperti PRU 12, sudah pasti akan wujud kumpulan merajuk (Anwarinas) dalam tempoh saat hari penamaan calon.

Siapa kumpulan Anwarinas yang aku maksudkan? Cuba kita lihat sejarah. Anwar tidak akan arahkan pengikut beliau supaya wujudkan parti keadilan jika beliau seorang yang setia dengan UMNO. Masalah moral dan korupsi menyebakan beliau tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada rakyat.

Jika benar Anwar seorang yang setia, sudah pasti beliau akur dengan keputusan mesyuarat yang tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana masalah skandal dan sebagainya.

Namun, Anwar Ibrahim tidak peduli dengan semua itu. Nafsu untuk mendapatkan kuasa bergelegak dalam jiwa Anwar ketika itu. Maka diarahkan balaci beliau wujudkan parti Keadilan untuk menentang UMNO.

Hari ini, semangat Anwarinas masih wujud dalam UMNO/BN. Mereka (ahli BN) yang tidak dicalonkan untuk bertanding atas tiket BN pada PRU13 ini sudah mula mencari jalan alternatif supaya boleh juga bertanding.

Kita jangan terkejut jika ada dikalangan mereka ini cuba berjinak dengan PAS atau PKR dalam masa terdekat ini bagi mencari tempat sebagai calon PRU. Pembangkang mula merisik mereka-mereka ini dalam tempoh krisis ini. Matlamat mereka bukan lagi perjuangkan bangsa atau agama, sebaliknya perjuangkan diri sendiri.

Inilah perangai Anwar yang masih wujud dalam UMNO/BN. Paling tidak, kalaupun mereka tidak berjinak dengan pembangkang, mereka ini akan bertanding atas tiket BEBAS.

Bagi aku, tindakan Najib Razak cukup bijak. Beliau dari awal dapat menghidu dari kupulan Anwarinas dalam UMNO/BN ini masih wujud. Maka telah diwujudkan satu peraturan, "mana-mana ahli UMNO yang sabotaj parti pada PRU13" akan boleh diambil tindakan disiplin.

Mungkin dengan cara ini penyingkiran Anwarinas dalam UMNO/BN akan berjaya walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko PRU13. Kumpulan Anwarinas selama ini bagaikan api dalam sekam. Mereka ini bagai talam dua muka yang hanya bergerak dalam diam menyebabkan Najib Razak sukar untuk mengesan.

PRU13 adalah waktu dan ketika yang cukup baik untuk Najib Razak mengenali betul-betul siapa Anwarinas dan siapa pula yang terus setia dengan parti BN. Demi negara, Najib harus berkeras dalam soal ini. 

Najib Razak yakin dengan segala transformasi yang dilakukan oleh kerajaan selama ini menjadi pakej lengkap untuk pastikan BN menang pada PRU13. Bukan kita ingin mendabik dada, tetapi inilah realitinya. Rakyat mula kenal Najib seorang yang bekerja keras dalam mendahulukan rakyat.

Pelbagai isu yang menimpa pihak pembangkang menguatkan lagi sokongan pengundi kepada kerajaan. Ditambah lagi dengan kekuatan Akujanji BN dan kelemahan Manifesto Bukan Janji pembangkang.

Semoga transformasi politik yang Najib lakukan hari ini, menjadikan UMNO/BN terus relevan kepada rakyat sampai bila-bila. Allah akan membantu pihak yang benar.

Kepada Anwarinas dalam UMNO/BN yang kecewa tidak dapat menjadi calon, silalah bertanding BEBAS supaya mudah Najib kenal anda siapa. 
 
sumber : http://tokguru86.blogspot.com

Friday 22 March 2013

OBAMA KUTUK ISRAEL!

SUMBER : Utusan Malaysia Online


Sent from my iPad
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Thursday 21 March 2013

ILMU HITAM PUNCA MAYAT CEPAT REPUT

Pegawai KAGAT : Pengganas Kiram Sulu Amal Ilmu Hitam Punca Mayat Cepat Reput

Lahad Datu, 21 Mac – Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.

"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat. – BERNAMA

SUMBER : http://mynewshub.my

60,000 PELUANG KERJA DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

SPA jangka isi 60,000 peluang pekerjaan tahun ini

                             
                                                Tan Sri Mahmood Adam

KLUANG 20 Mac - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan hampir 60,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam bakal diisi sepanjang tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, selain perjawatan baharu, hampir 40,000 kekosongan jawatan dijangka berlaku berikutan kakitangan yang berpencen kerana tidak berkhidmat sehingga berusia 60 tahun.

"Tahun lalu, SPA berjaya mengisi kekosongan perjawatan sebanyak 50,000 dan tahun ini, saya percaya pengambilan akan lebih 50,000 orang kerana terdapat ramai kakitangan awam yang tidak mengambil opsyen berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

"Bagaimanapun masyarakat perlu tahu bahawa SPA hanya mempunyai tanggungjawab untuk mengisi sebanyak 70 peratus kekosongan jawatan kerana bagi agensi kerajaan berkanun, Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri seperti di Johor, mereka mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi interaksi SPA bersama Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pada Karnival Kerjaya SPA di Sekolah Menengah Sains Sembrong di sini hari ini.

Sementara itu, SPA turut menggalakkan lulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian untuk menduduki ujian bagi mengisi jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang akan diadakan 13 April ini.

Mahmood berkata, sehingga kini lebih 70,000 pemohon sudah berdaftar untuk menduduki peperiksaan terbabit dengan mereka yang berminat perlu berdaftar secara talian di laman http://www.spa.gov.my.

"Pemohon yang pernah gagal juga diminta untuk mencuba semula kerana peluang masih terbuka kepada mereka," katanya.

Mengulas sesi interaksi tersebut, beliau memberitahu, program itu merupakan kali pertama SPA turut menjemput beberapa persatuan yang mewakili masyarakat termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Usahanita dan Persatuan Imam Daerah Kluang.

"Sesi di Kluang hari ini merupakan jelajah kali ke-15 yang dilakukan SPA sejak Jun tahun lalu yang bertujuan mendapatkan pelbagai maklum balas terhadap perkhidmatan ditawarkan SPA terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

P/S: Kerajaan Persekutuan melalui SPA nak isi kekosongan jawatan,tapi ada pihak yang bercadang nak kurangkan penjawat awam kalau jadi Kerajaan Persekutuan.Macamana?


Sent from my iPad

TEKS UCAPAN 'REPORT CARD' GTP & ETP PM @NajibRazak




                                         


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia 

Rakyat Malaysia yang dikasihi, 

1. Pada malam ini saya berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan bagi pihak diri saya selaku ketua kerajaan dan bagi pihak rakan-rakan dalam Jemaah Menteri bagi membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP.

2. Kedua-dua prakarsa bermula masing-masing pada tahun 2010 dan 2011 adalah bersama-sama dengan Program Transformasi Politik atau PTP dan Program Transformasi Sosial atau PTS. Ia membentuk Dasar Transformasi Nasional bagi memacu Malaysia ke arah pencapaian wawasan kebangsaan, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, menjelang tahun dua ribu dua puluh.

3. Alhamdulillah, suka saya melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa dengan berkat kerjasama dan usaha gigih semua pihak sama ada rakyat terbanyak, pihak swasta, penjawat awam mahupun anggota pentadbiran, sebahagian besar matlamat yang telah dirancang berjaya dicapai. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.

4. Perancangan dan pelaksanaan ETP dan GTP bukan sahaja membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah pemandu negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tetapi ia juga merupakan eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban. 
Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Rakyat terbanyak serta semua pihak yang berkepentingan boleh, melalui proses perundingan dibuat menyumbang melalui makmal-makmal yang diadakan dalam proses pembentukan GTP dan ETP. Mereka juga mampu menilai pencapaian kedua-dua prakarsa ini melalui laporan tahunan dan laporan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

6. Mungkin ada yang bertanya, bagaimana rojak kependekan ini mampu menyentuh kehidupan kita? GTP, ETP, NKRA, NKEA, EPP? Apa hubungkaitnya dengan tuan-tuan dan puan-puan sekelian? Jawapannya ialah, semuanya dirangka serta digubal bagi meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia secara terancang.

7. Sesungguhnya lagi, semua prakarsa ini, tidak lain dan tidak bukan, ialah langkah kerajaan untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan. Pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal di mana, semakin tinggi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, semakin tinggi pula ganjarannya. 

8. Pendidikan yang bermutu bermula dari pra sekolah lagi, untuk mengoptimakan potensi diri, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, prasarana awam yang mencukupi dan pemilikan rumah yang selesa serta berkemampuan untuk berlindung dan membesarkan anak-anak.

9. Jelasnya, kerajaan ini ialah kerajaan yang bertanggungjawab. Kerajaan ini ialah kerajaan yang menepati janji. Kerajaan ini ialah kerajaan yang meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya. Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang. Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji.
Tuan-tuan dan puan-puan,

10. Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat teramailah yang menentukan parti mana yang dipercayai untuk membentuk sebuah kerajaan. Realitinya, bukan semua kerajaan sama berkemampuan. Ya, betul, jangkaan oleh rakyat kepada setiap kerajaan sama, namun, prestasi setiap kerajaan adalah berbeza. Pastinya, ada kerajaan yang berkesan dan ada kerajaan yang lemah serta gagal menunaikan amanah yang diberi.

11. Sebab itulah ada negara yang berjaya meningkatkan taraf daripada status mundur, kepada status membangun dan kemudiannya maju. Ada negara pula, tidak berubah statusnya, terus terperangkap sama ada dalam kemunduran atau membangun. Apa yang lebih teruk, ada juga negara bersifat regresif hingga jatuh tarafnya daripada negara membangun menjadi negara mundur.

Tuan-tuan dan puan-puan,

12. Kita amat bersyukur bahawa Malaysia hari ini ialah manifestasi sebuah negara yang berjaya. Hasil perancangan teliti dan rapi serta pelaksanaan dasar-dasar pembangunan berkesan, Malaysia telah berubah daripada status negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

13. Ternyata, kita ialah bukti dan contoh sebuah negara yang amat progresif. Semenjak kemerdekaan dan pada dekad-dekad awal, kerajaan telah menjadikan agenda membasmi kemiskinan, reformasi tanah, keadilan sosial, meningkatkan akses kepada setiap tahap pendidikan, perkhidmatan kesihatan untuk semua dan penjanaan kekayaan nasional sebagai agenda negara. 

14. Dalam aspek ini, hasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar atau PNK per kapita daripada 257 dolar Amerika pada tahun 1957 kepada 9970 dolar Amerika pada tahun 2012. Ini merupakan peningkatan hampir 4000 peratus dalam tempoh lebih lima dekad. 

15. Peningkatan taraf hidup ini diperjelaskan lagi melalui angka-angka, hasil daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah. PPIR 2012 menunjukkan bahawa, isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada 4,025 ringgit pada tahun 2009 kepada 5,000 ringgit pada tahun 2012. Ini adalah peningkatan lebih daripada 1,200 peratus, sejak Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dimulakan pada tahun 1974. 

16. Manakala, kadar kemiskinan pula terus menurun daripada lebih enam puluh peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012. Kadar inflasi negara juga kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012. Kadar ini adalah antara yang terendah di rantau ini.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Setelah tiga tahun kerajaan memulakan inisiatif GTP, maka pada kesempatan ini saya ingin melaporkan pencapaian-pencapaian yang berjaya dizahirkan di bawah tujuh bidang-bidang keberhasilan utama seperti berikut:

18. Pertama: NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang diperkenalkan, telah berjaya membawa manfaat kepada kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah. Di bawah NKRA ini, Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif antaranya:- 

19. Pertama, dalam rangka mempastikan subsidi benar-benar memanfaatkan kumpulan sasar, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia dan memperluas lagi skop program ini kepada individu bujang. Ini melibatkan peruntukan sejumlah lebih 2.34 bilion ringgit dan memanfaatkan lebih 6 juta rakyat Malaysia.

20. Pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit atau Baucer Sekolah 1Malaysia kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah. Sejumlah 524 juta ringgit telah diperuntukkan dan usaha ini memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta murid. 

21. Bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat tinggi di universiti serta kolej pula pemberian 250 ringgit sebagai Baucer Buku 1Malaysia memanfaatkan seramai lebih 390,000 pelajar dengan peruntukkan lebih 97.5 juta ringgit. 

22. Sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dalam menanggung kos kehidupan seharian yang semakin meningkat, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 37.8 bilion ringgit bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak 

22. 3 bilion ringgit adalah untuk Subsidi, 873.5 juta ringgit untuk insentif dan 14.6 bilion ringgit bagi bantuan. 

23. Di samping itu, melalui inisiatif Jenama 1Malaysia, rakyat kini mempunyai alternatif dalam mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang secara puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Melalui inisiatif ini, Kerajaan telah memperluaskan lagi pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi 85 buah semuanya. Sejumlah 168 Klinik 1Malaysia pula sedang memberi rawatan kepada lebih enam juta rakyat Malaysia dengan kos hanya satu ringgit. 

24. Selain itu, kita juga sedang melaksanakan inisiatif-inisiatif Kedai Buku 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Projek Perumahan 1Malaysia atau PR1MA, Bantuan Tayar 1Malaysia, Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA serta Menu Rakyat 1Malaysia. Saudara dan saudari, sesungguhnya dan sememangnya segala ikhtiar ini dan semua yang dilakukan ini demi kepentingan serta kesejahteraan segenap rakyat Malaysia tercinta. 


Tuan-tuan dan puan-puan,

NKRA kedua, Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah.

25. Sungguhpun Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan kepada 1.7 peratus dan meletakkan kemiskinan tegar dalam lipatan sejarah, namun usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah bukan sahaja akan diteruskan, malah, akan ditingkatkan lagi. 

26. Untuk itu, melalui program Akhiri Zaman Miskin atau 1AZAM seramai 106,967 telah berjaya didaftarkan di bawah program-program Azam Kerja, Azam Niaga, Azam Khidmat dan Azam Tani. Ribuan rakyat telah menerima pembiayaan mikro melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional dan Yayasan Usaha Maju.

27. Di bawah program e-Kasih pula, sebanyak 89 peratus atau lebih 100,000 mereka yang berdaftar telah berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.

28. Dalam rangka memastikan isi rumah berpendapatan rendah mendapat akses kepada kediaman pula, pelbagai inisiatif sedang dan telah dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan antaranya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat Perumahan Negara Berhad. Bagi usaha ini, kerajaan telah menawarkan, lebih 100,000 unit kediaman mampu milik. 

Tuan-tuan dan puan-puan,

NKRA Ketiga, Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar

29. Kerajaan akan terus mempastikan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar tidak terpisah daripada arus perdana pembangunan. Komitmen kerajaan ini telah dizahirkan melalui program infrastruktur luar bandar. Di bawah inisiatif ini, lebih 3,300 kilometer jalan raya telah dibina, lebih 1.4 juta isi rumah dibekalkan air bersih dan lebih 470 ribu isi rumah mendapat akses elektrik yang terjamin. 

30. Di samping itu, Kerajaan juga telah membina dan membaik pulih 53 ribu rumah bagi penduduk miskin luar bandar. Ini melibatkan lebih 266 ribu isi rumah atau hampir sejuta orang. Sesungguhnya, kesemua inisiatif di bawah NKRA ini telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar bandar.

Rakyat Malaysia dikasihi sekalian.

NKRA Keempat, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar 

31. Menyedari bahawa anak-anak adalah pewaris dan masa hadapan negara, Kerajaan beriltizam untuk mempastikan bahawa setiap anak Malaysia akan mendapat permulaan pemelajaran seawalnya dalam hidup mereka. Melalui usaha-usaha yang telah dilaksanakan di bawah NKRA Mempertingkat Pencapaian Pelajar, enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan jumlahnya kepada hampir 770 ribu pada 2012 atau 80 peratus kohort umur berkenaan. Ini merupakan satu peningkatan jika dibandingkan dengan angka pada tahun 2009, di mana hanya, 67 peratus kohort umur tersebut berpeluang mendapat pendidikan prasekolah.

32. Pada tahun 2012, kita juga telah berjaya mengeluarkan 164 atau lebih 40 peratus sekolah-sekolah daripada kumpulan berprestasi rendah atau apa yang dikelaskan sebagai jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik yakni jaluran 1 hingga 5.

Tuan-tuan dan puan-puan,

NKRA Kelima, Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

33. Kerajaan kini sedang giat untuk menambah baik pengangkutan awam bandar. Rakyat boleh melihat bukti usaha ini melalui kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan khususnya projek penyambungan LRT dan MRT. Kerajaan berharap rakyat dapat bersabar sedikit terhadap kesulitan dan kesesakan lalu lintas yang sedang dialami. Ini adalah fenomena yang sementara. InsyaAllah, apabila semua projek ini siap, rakyat Malaysia kelak akan menikmati pengangkutan awam yang cekap dan antara yang terbaik di rantau ini. 

34. Antara inisiatif yang telah pun dilaksanakan ialah penambahan tren enam gerabak bagi perkhidmatan tren Komuter KTM, perkhidmatan bas GoKL yang menawarkan perjalanan percuma serta pelaksanaan Sistem Maklumat Penumpang agar pengguna mempunyai gambaran yang lebih baik tentang masa menunggu sebelum ketibaan bas. 

35. Menjejaki masa depan pula, rakyat boleh menjangkakan sistem keretapi laju yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit, jajaran MRT fasa kedua, landasan kereta api elektrik berkembar Ipoh - Padang Besar dan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat. Pada analisis akhirnya, ini semua akan meningkatkan kualiti pengangkutan awam bandar seterusnya gaya hidup rakyat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

NKRA Keenam, merujuk inisiatif Membanteras Rasuah

36. Rasuah mampu menghancurkan negara dan melemahkan integriti institusi nasional serta menjadi penghalang besar kepada wawasan negara. Menyedari hakikat ini, kerajaan tegas memulakan perang terhadap rasuah semenjak tahun 1967 apabila tertubuhnya Badan Pencegah Rasuah dan kini diperkukuhkan lagi dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM. 

37. Hari ini, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai Penunjuk Prestasi Utama atau KPI negara. 

38. Inisiatif NKRA Membanteras Rasuah telah menunjukkan keberkesanan apabila kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International negara telah bertambah baik enam anak tangga kepada kedudukan 54 pada tahun 2012 dan berada pada kedudukan ketiga dalam kalangan negara ASEAN. 

39. Melalui penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh tiga tahun yang lalu, lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012. 

40. Selanjutnya, dalam usaha untuk meningkatkan ketelusan dan integriti proses pilihanraya, saya selaku Pengerusi Barisan Nasional telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya bagi memastikan PRU-13 bebas dan telus. Untuk itu, saya menyeru kepada semua parti politik supaya "walk the talk" dan mempunyai keberanian moral untuk menandatangani ikrar yang sama. 


Tuan-tuan dan puan-puan,

NKRA Ketujuh, ialah Mengurangkan Jenayah

41. Bagi mempastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera, Kerajaan telah melaksanakan prakarsa membanteras jenayah. Saya ingin melaporkan bahawa kita telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun. Kerajaan akan mempastikan Polis DiRaja Malaysia akan ditingkat upaya dan distruktur sesuai dengan keperluan memerangi jenayah moden. 

42. Pasukan polis akan di transformasi daripada hanya sebuah pasukan keselamatan kepada sebuah perkhidmatan kepolisan yang berorientasikan masyarakat. Jelasnya, perkhidmatan polis tidak akan berjaya tanpa sokongan rakyat. 

43. Maka, saya ingin menggesa seluruh rakyat untuk berganding bahu dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang berkenaan kerana keselamatan dan keamanan negara merupakan tanggungjawab bersama. 

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

44. Seperti mana yang saya sebutkan pada tahun lepas, hubungkait antara Model Baru Ekonomi, Prakarsa Pembaharuan Strategik, Program Transformasi Ekonomi, 12 NKEA dan 152 EPP bolehlah diumpamakan dalam analogi berikut:

45. Model Baru Ekonomi dan Prakarsa Pembaharuan Strategik bolehlah diibaratkan sebagai lebuhraya. Manakala ETP merupakan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 12 NKEA di bawah ETP ialah bahagian-bahagian enjin kepada kenderaan tersebut. 

46. Manakala EPP ialah bahan api atau "fuel" yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, kesemua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuhraya hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik.

Tuan-tuan dan puan-puan,

47. Dari segi pencapaian Program Transformasi Ekonomi pula, saya berbesar hati dan berasa bangga menyaksikan sektor swasta memainkan peranan yang penting, sejajar dengan aspirasi dan harapan kita. 

48. Sejak pelancaran ETP pada lewat tahun 2010, kadar pertumbuhan pelaburan swasta telah berkembang lebih tiga kali ganda, mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012. Selari dengan matlamat ETP di mana sektor swasta memainkan peranan utama sebagai pemacu ekonomi negara, nisbah pertumbuhan pelaburan swasta terus mengalami peningkatan konsisten. Jika pada tahun 2009 jumlah pelaburan swasta hanya merangkumi 52 peratus, angka ini telah meningkat kepada 58 peratus pada tahun 2012.

49. Ini adalah bukti keyakinan sektor swasta yang semakin meningkat terhadap inisiatif transformasi nasional. Angka menunjukkan, pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai jumlah 139.5 bilion ringgit, dipacu oleh perbelanjaan modal yang tinggi dalam sektor pengilangan, perkhidmatan dan perlombongan.

50. Pelaburan swasta penting kerana ia mempengaruhi kadar pertumbuhan ekonomi negara. Kerancakkan pelaburan swasta yang lebih besar berkadar langsung dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi. Pertumbuhan akan menjana kekayaan nasional. Kekayaan yang terhasil ini akan membolehkan kerajaan menjayakan lebih banyak inisiatif yang memanfaatkan rakyat. 

Tuan-tuan dan puan-puan,

51. Di antara pencapaian-pencapaian Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA adalah:

• Pertama, bagi sektor pelancongan, bagi tahun 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir 100 bilion ringgit. 

• Kedua, dalam pembangunan Greater Kuala Lumpur, setakat 31 Disember 2012, projek My Rapid Transit atau MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah 19.8 bilion ringgit dan 45 peratus atau 8.9 bilion ringgit daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera.

• Ketiga, bagi sektor minyak dan gas, projek RAPID di Pengerang bakal mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada 4,000 orang dan kerja-kerja pembinaan kepada 20,000 orang.

• Keempat, dalam sektor minyak sawit pula, kita telah berjaya menanam semula seluas kira-kira 113,000 hektar kelapa sawit. 

• Kelima, bagi sektor kandungan dan infrastruktur komunikasi dan industri kreatif, sebanyak 547 juta ringgit, keluaran kreatif telah dieksport dan 157 ribu jam kandungan kreatif telah terhasil. Di antaranya adalah pembikinan filem bertajuk Life of Pi, telah berjaya meraih 4 kemenangan daripada 11 pencalonan di Academy Awards baru-baru ini yang melibatkan kepakaran kreatif anak tempatan. 

• Keenam, untuk tempoh 2011 dan 2012, seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat daripada menyertai program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR. Kedai-kedai yang menyertai program ini telah menyaksikan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan selepas pelaksanaannya, purata jualan meningkat sebanyak 30 peratus. 


52. Di atas angka-angka yang meningkat ini adalah keyakinan positif oleh pelabur-pelabur swasta kepada ekonomi negara kita. Ia diterjemahkan di dalam bentuk penciptaan peluang-peluang pekerjaan bernilai tinggi, peluang-peluang perniagaan kepada usahawan serta projek-projek komersial yang mampu memberi limpahan faedah kepada rakyat amnya. 

53. Hasilnya, Pendapatan Negara Kasar per kapita negara telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Jika kita imbau, sebelum inisiatif ETP bermula, PNK per kapita pada tahun 2009 ialah 6,700 dolar Amerika. Pada tahun 2012, angka ini telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada 9,970 dolar Amerika. Trend ini akan menyaksikan Malaysia mencapai status sebuah negara berpendapatan tinggi mengikut takrifan Bank Dunia lebih awal daripada yang dijangkakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

54. Kejayaan meningkatkan taraf hidup ini perlu dilihat dari konteks bahawa pada tahun 1957 apabila negara mencapai kemerdekaan, PNK per kapita negara hanya 257 Dolar Amerika. PNK ialah ukuran utama yang digunakan di peringkat global bagi mengukur kemajuan atau kemunduran taraf hidup rakyat sesebuah negara. 

55. Kadar PNK yang tinggi, berkadar langsung dengan taraf hidup yang juga tinggi. Begitu juga dengan PNK yang rendah. Selain daripada PNK, mekanisma lain yang digunakan untuk menilai taraf hidup rakyat sesebuah negara ialah Per Capita Purchasing Power Parity atau Pendapatan Per Kapita Berasaskan Kuasa Beli. Waima, mengikut kaedah ini pun, kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada. 

56. Kesan langsung daripada peningkatan angka-angka ini boleh dilihat dan dirasai melalui perubahan gaya hidup rakyat. Sebagai contoh, kemampuan rakyat teramai untuk pergi melancong, mengerjakan umrah, memiliki lebih daripada satu kenderaan dan telefon pintar, pelaburan di dalam unit amanah dan hartanah serta pelbagai lagi. 

57. Sehubungan ini juga, sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP sejak tahun 2010, dengan jumlah terkumpul sebanyak 211.34 bilion ringgit dalam pelaburan yang telah dimeterai. Hasil pencapaian ini, sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah 135.64 bilion ringgit dan sejumlah lebih 400 ribu pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

58. Atas dasar inilah, maka Kerajaan telah mengenalpasti enam Prakarsa Pembaharuan Strategik untuk memangkin daya saing negara. Dalam bidang Modal Insan, Piawaian Antarabangsa dan Liberalisasi, mahupun dalam usaha merapatkan jurang, khususnya dari segi penglibatan Bumiputera dalam ekonomi. Kerajaan menyasarkan agar rakyat Malaysia seluruhnya menjiwai kepentingan daya saing dalam usaha memartabatkan negara.

59. Prakarsa Pembaharuan Strategik berkaitan Persaingan, Standard dan Liberalisasi, bertujuan membangunkan persekitaran perniagaan yang cekap dan berdaya saing di Malaysia. Antara pencapaian penting SRI pada tahun 2012 ialah penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 dan kes pertamanya telah pun diselesaikan.

60. Manakala liberalisasi 17 subsektor telah berjaya dilaksanakan dan susulan daripada itu, subsektor ke-18, iaitu subsektor ukur bahan bakal diliberalisasikan pada tahun 2013 dan beberapa syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan telah diapung dan dijual pada tahun 2012 bagi mengurangkan peranan Kerajaan dalam perniagaan. Mustahaknya, kesemua inisiatif ini akan membuka peluang dan mempermudahkan urusan perniagaan. 
Rakyat yang dikasihi sekalian,

61. Kita berasa syukur kerana Malaysia terus mengukuhkan pelbagai tangga kedudukan di peringkat antarabangsa. Antara pengiktirafan yang telah diterima daripada institusi bertaraf dunia adalah seperti berikut:

62. Pertama, mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit. 

63. Kedua, menurut Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013, Malaysia adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia. Kedua-dua agensi tersebut juga meletakkan Malaysia di tangga keempat di dunia yang paling melindungi pelabur 

64. Perunding pengurusan global AT Kearney mengeluarkan beberapa indeks yang menunjukkan pencapaian Malaysia sebagai negara ke-10 bagi Destinasi Menarik Pelaburan Langsung Asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung asing 2012. Malaysia turut diiktiraf sebagai negara ketiga di dunia bagi Lokasi Menarik bagi Destinasi Penyumberan Luar 2011 selepas India dan China. 

65. Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik.

66. International Living Magazine melaporkan Malaysia sebagai negara Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013. 

67. Manakala, dalam pasaran modal pula, indeks KLCI Bursa Malaysia mencatat angka tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember 2012. Ia telah menyaksikan kenaikan "market capitalisation" daripada 999 bilion ringgit pada Disember 2009 kepada 1.47 trilion ringgit atau peningkatan sebanyak 47 peratus. Ini bererti, sebanyak 466 bilion ringgit kekayaan telah berjaya dijana sejak semua inisiatif transformasi dimulakan. Sebagai peneraju kewangan Islam di dunia dan sebagai pemacu utama sukuk global pula, Malaysia juga telah menerbitkan sukuk yang bernilai 97.1 bilion dolar Amerika pada tahun 2012. 

Tuan-tuan dan puan-puan, 

68. Sesungguhnya, pengiktirafan-pengiktirafan global kepada Malaysia ini adalah satu testimoni kejayaan kepada prakarsa-prakarsa GTP dan ETP sejak ia dilaksanakan. Ia juga adalah testimoni bahawa kita berada di landasan yang betul. Sehubungan itu, saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam, pihak swasta dan rakyat Malaysia sekalian yang telah bertungkus-lumus menjayakan agenda besar transformasi untuk semua ini. 

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

69. Alhamdulillah ceritera Malaysia ialah cerita kejayaan. Ia cerita harapan yang mengatasi nujum kemusnahan. Namun kejayaan ini tidak mungkin tercipta tanpa gebar keselamatan serta kestabilan yang dihasilkan oleh Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi keselamatan negara.

70. Insiden keganasan di Lahad Datu menjadi semboyan peringatan bahawa kita sekali-kali tidak mampu mengambil mudah soal keselamatan. Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada.

71. Tragedi ini telahpun mengorbankan nyawa sepuluh orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis DiRaja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera yakni Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang berasal dari Pasir Mas dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan dari Kota Bharu.

72. Kita menginsafi bahawa hasil pengorbanan pahlawan-pahlawan negara ini seperti mana pada era darurat dan insurgensi telah memungkinkan kemajuan dan kemakmuran kita nikmati hingga hari ini. Pengorbanan mereka bukan sia-sia, pengorbanan mereka bukan kecil, pengorbanan mereka bukan untuk diperlekehkan.

73. Oleh yang demikian, kepada pihak-pihak yang cuba untuk memperkecilkan sumbangan anggota keselamatan ini, saya ingin mengingatkan kepada mereka, belajarlah mengenang budi. Sewajarnya kita semua berterima kasih di atas jasa dan bakti mereka yang telah berjuang demi tanah air tercinta ini. Kenanglah ibu bapa yang meniti hari tua tanpa mereka lagi di sisi, kenangilah isteri-isteri yang menjadi balu serta anak-anak yang kehilangan belai manja bapanya. Kepada mereka kita berjanji bahawa negara ini akan sentiasa memuliakan bakti serta pengorbanan tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan, 

74. Di sini juga saya ingin menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya merupakan sebahagian dari Persekutuan Malaysia. Rakyat Sabah ialah warganegara Malaysia. Untuk itu kita akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan serta keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan. Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

75. Mencapai status negara maju berpendapatan tinggi adalah matlamat kita. Apa yang mustahak, kita mahu menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan kita sendiri, di mana kebahagiaan individu, keluarga dan masyarakat menjadi asas utama bukan semata-mata angkatunjuk ekonomi. Oleh kerana itulah, Dasar Transformasi Negara digubal dan dilaksana bagi memastikan setiap rakyat Malaysia akan merasai nikmat kemajuan yang diusahakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

76. Saya bagi pihak kerajaan telahpun membentangkan laporan tentang perjalanan yang telah dilalui semenjak tiga tahun lalu. Saya yakin bahawa rakyat telahpun bukan sekadar dapat melihat, mendengar dan menilai apa yang telah berlaku, tetapi juga merasai kesannya.

77. Maka, kini, saatnya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan tentang halatuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang. Pilihan ini ialah tentang kebolehpercayaan, tentang harapan, tentang masa depan, tentang kelangsungan ceritera kejayaan Malaysia dan tentang janji ditepati.

78. Dari itu, rakyat Malaysia perlu memilih antara kerajaan hari ini yang telah membuktikan bahawa ianya sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, kerajaan yang mendokong harapan, kerajaan yang berusaha gigih mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia, kerajaan yang akan meneruskan dasar-dasar yang terbukti berjaya ATAU pihak sebelah sana yang, apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah. 

79. Kita juga bukan seperti mereka, apabila musim pilihan raya menerbitkan manifesto tetapi setelah menjadi kerajaan janji-janji itu dimungkiri. Sudahlah manifesto yang dibuat tidak ditunaikan, diterbitkan pula janji baru dalam bentuk buku jingga yang ternyata tidak dikaji dengan baik kemampuannya dan kesan kepada kewangan negara. Tidak cukup setakat itu, nampaknya, belum pun kering dakwat dokumen buku jingga, dikeluarkan pula manifesto baru.

80. Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan, maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baru mereka? Adakah sebenarnya mereka boleh dipercayai? Mampukah kita mempertaruhkan harapan masa depan anak cucu kita kepada mereka? Walhal dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan yang lebih baik? 

81. Oleh yang demikian, pilihlah kerajaan yang transformatif. Janganlah pilih kerajaan yang memusnah. Janganlah memilih kerajaan yang akan meruntuhkan masa depan kita dan anak-anak kita. Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah.

82. Hakikatnya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menjunjung kesejahteraan rakyat. Salah satu contoh terbaik iltizam ini ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia. BR1M 1.0 dan 2.0 yang kerajaan berikan, telah sampai langsung ke tangan rakyat. Ia satu inisiatif yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah. 

83. Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagai inisiatif tahunan.

Tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

84. Marilah kita bina masa depan yang gemilang untuk semua, marilah kita bina masa depan yang menjanjikan pulangan adil kepada yang bekerja keras, yang berkreativiti, yang berinovasi dan yang sanggup mengambil risiko. Marilah kita bina sebuah Malaysia yang menjanjikan taman kebahagiaan untuk semua. 

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekian, terima kasih.

sumber : http://tunfaisal.blogspot.com

Sent from @themfar iPad

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA!

15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A

15,793 calon SPM 2012 peroleh semua A

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud menunjukkan laporan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 selepas membentangkannya di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya, pagi tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 20122 berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata ia meningkat 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011. 
Beliau berkata, seramai 13,721 calon itu dari sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.16 peratus berbanding 12,970 calon memperoleh semua A pada 2011.


Bakinya, iaitu seramai 2,072 yang memperoleh semua A adalah dari sekolah bukan KPM, menurun 0.14 peratus berbanding 2,109 pada 2011.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 di sini, sebentar tadi.

Sumber: BH Online

Sent from my iPad

#TRANSFORMASI UNTUK SEMUA

Sejak mula dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, saya bertekad untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini yang sentiasa komited untuk memastikan Malaysia terus cemerlang hari demi hari. Sebab itulah, saya telah perkenalkan gagasan 1Malaysia yang mengamalkan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Untuk memastikan setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat, saya telah perkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Alhamdulillah, dalam laporan tahunan GTP dan ETP yang saya bentangkan semalam, banyak kejayaan yang telah kita kecapi. Kejayaan demi kejayaan itu adalah hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.

Perancangan dan perlaksanaan GTP dan ETP ini bukan sahaja membuktikan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara, tetapi juga merupakan satu eksperimen paling berani Kerajaan dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat. Melalui GTP dan ETP ini rakyat boleh menilai prestasi Kerajaan menerusi laporan tahunan dan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kecemerlangan prestasi negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad ini. Ia boleh diperjelaskan lagi apabila Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara untuk tahun 2012 meningkat kepada RM5,000 daripada hanya RM4,025 pada 2009.

Baca seterusnya di sumber ; http://www.1malaysia.com.my/blog/dasar-transformasi-negara-berjaya/


Sent from my iPad

KECURIAN BOLEH BERLAKU DI MANA SAHAJA.AWASI GAJET ANDA!!!!

 Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah Restoran di Bangi.

Jadi berhati-hatilah bila kita menjamu selera sambil bermain gajet.

MJ:Budak 2 orang tu memang kerja meragut kot??

Sumber: FB

Wednesday 20 March 2013

PROJEK MEGA DIBANTAH RAKYAT!!!

Rakyat Pulau Pinang Bantah Terowong Bawah Laut

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai pada akhir Januari 2013 yang lepas, projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah mencapai kemajuan 90.15% dan dijangkakan siap sepenuhnya seawal September 2013 atau selewat-lewatnya dua bulan kemudian.

Apabila siapnya projek itu kelak, sebahagian besar masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dapat dikurangkan sekaligus memberi keselesaan kepada para pengguna untuk berulang alik dari pulau ke Seberang Perai.

Pengumuman tersebut nyata melegakan ramai pihak dan sudah tentunya mereka tidak lupa untuk berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tetap meneruskan projek itu sekalipun Kerajaan Negeri dikuasai oleh DAP.

Bagaimana pun tak sampai dua bulan kemudiannya, tiba-tiba sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan kesediaan Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk membina terowong bawah laut menghubungkan Gurner Drive di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di sebelah tanah besar.

Selama dua tahun semenjak April 2011 Lim Guan Eng senyap tanpa berita selepas pengumuman awalnya dulu, sekarang bila sahaja dekat nak PRU 13 tergesa-gesa mengumumkan projek tersebut digerakkan segera.

Nampak sangat DAP sedang bermain opera Cina untuk mengekang mood gembira khalayak ramai yang tika ini agak tidak sabar menantikan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang. Adakah sandiwara ini berjaya menarik perhatian rakyat dan mengalih tumpuan umum kepada jasa Kerajaan Pusat?

Tentu sahaja tidak, kerana semasa dialog Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama rakyat negeri itu pada 10 Mac lepas, rata-rata peserta yang hadir tidak yakin dengan kesungguhan Kerajaan Negeri yang di lihat hanya mengambil kesempatan untuk mengabui mata umum tatkala menjelang PRU 13.

Lagi pun ramai yang mempersoalkan pembinaan terowong bawah laut itu yang bukan sahaja tidak efektif dan merupakan satu pembaziran kerana buat masa sekarang sudah memadai negeri itu mempunyai dua jambatan termasuk yang sedang disiapkan sekarang.

Tambahan pula kos anggaran RM6.3 bilion untuk projek sedemikian jika dilaburkan untuk naik taraf jalan-jalan sedia ada di samping menambah baik kemudahan pengangkutan awam jauh lebih berbaloi untuk jangka masa pendek dan panjang.

Jambatan kedua belum pun siap untuk digunakan sudah bermimpi mahu membina terowong bawah laut, besar melampau angan-angannya tapi tak kena dengan masanya. Sepatutnya guna dulu jambatan kedua dan lihat keberkesanannya, bila wujud keperluan barulah bina jambatan ketiga atau pun terowong.


Sent from my iPadMesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

BERSATULAH!!!!

Sent from my Ipad
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

REPORT CARD PM NAJIB RAZAK




Ringkasan Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 oleh Perdana Menteri DS Najib Razak.
Pendapatan negara (GNI) meningkat 49% sepanjang 3 tahun lepas.
438,000 peluang pekerjaan telah dicipta dari 2011-2012
Pertumbuhan sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012 ketika dunia alami kegawatan!
Pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran #ETP iaitu RM139.5 bilion pada 2012.
Kadar kemiskinan Negara menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012
Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013
Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012
Indeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points.
Lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M
Lebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan menerima faedah bantuan persekolahan RM100
Lebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia
RM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan.
Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam
Sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun
Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan
Kesemua inisiatif di bawah NKRA mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia
Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan
Mengeluarkan 164 atau lebih 40% sekolah-sekolah dari kumpulan bresprestasi rendah atau Jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik iaitu Jaluran 1 hingga 5
Kadar jenayah menurun sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas.
Seramai 1,172 pesalah rasuah disiarkan dalam laman web MACC
Sebanyak 6,688 kontrak kerajaan disiarkan dalam pengakalan data atas talian
Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012
Ikrar Integriti Pilihanraya yang ditandatangani oleh YAB PM sendiri
Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh 3 tahun lalu: lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012
Sejak pelancaran ETP, pelaburan swasta mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012
Nisbah pelaburan swasta meningkat kepada 58% pada tahun 2012 berbanding 52% pada tahun 2009
Pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai RM139.5 bilion, dipacu oleh perbelanjaan modal tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan
Pelaburan swasta sepanjang 10 tahun telah menunjukkan peningkatan
Pada 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 bilion
Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera
Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat drpd menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30%
PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012
Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion.
Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan 

Sumber : http;//braderjai.blogspot.com

Tuesday 19 March 2013

3 PERINGKAT KEHIDUPAN-CM

ADA 3 PERINGKAT DALAM HIDUP KITA

KEMAMPUAN - Kita guna pakai,beli dan sebagainya mengikut kemampuan kita.betul,gaji kita 3000 sebulan,memang boleh setakat nak pakai keta berCC 2.0 dan sebagainya,tapi perlu ambil kira,kita ni nak tido atas kete je ke?nak makan aircond kete je ke?anak nak makan apa,bini?oleh itu ambo hanya pakai apa yang ada, Myvi 1.0 (mcm 2.0) yang sudah abis bayar.muahahahaha

KE...PERLUAN - Pun sama macam kemampuan,bila kita dah mampu untuk yang asas,maka kita kena beralih kepada keperluan.Contohnya zaman sekarang dan bila bekerja,mana boleh pakai henpon 3310,kena ada smartphone,paling koman Blackberry Seken harga 4-5 ratus.sebab apa?keperluan kerja,nak kena bukak email,balas email.benda-benda urgent termasuk ada Googe Maps,jadi pegi mana pun tak sesat.

KEHENDAK - Bila dah dua-dua di atas sudah selesai,keta ada,rumah ada,makan minum ok,anak-anak diberi makan,pakai cukup,atau sudah siap berkahwin.Maka,bolehlah nak beli apa-apa ikut kehendak mu.Nak pakai spek mata 7-8 ratus ke,beli smartphone 14 bijik ke,jam ada 10 biji ke,beli superbike ke,atau tambah bini ke....oppaaaa.ha ha ha

Alhamdulillah,amalkan sistem kewangan yang cekap,planning dan sebagainya,maka hidup kita tidak akan susah.macam wa,kawen tak buat loan,keta dah abis bayar.....tapi Aunty Jemmy duk belajar.so,ambo menjadi nombor satu dan dua semula.Iaitu Ikut KEMAMPUAN DAN KEPERLUAN.
 
Sumber: FB Che Murad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...