Pegawai KAGAT : Pengganas Kiram Sulu Amal Ilmu Hitam Punca Mayat Cepat Reput
Lahad
Datu, 21 Mac – Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh
persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi
berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka
menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara
benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah
tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan
takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan
keselamatan.
Menurut
sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak
memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.
"Mereka
mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit
mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.
Beliau
berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai
kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka
dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.
"Peliknya
pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat
dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika
dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.
Pegawai
Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata
Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah
dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan
agama.
Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.
"Perbuatan
memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam,
Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan
matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam
membanteras kumpulan pengganas itu.
Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.
Pengganas
yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal
dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku
Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar.
"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.
Anggota
Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas
tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba
digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.
"Menurut
Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat
negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan
kerelaan hati mereka.
"Tetapi
ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana
ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas,"
katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu
jihad kerana mempertahankan negara berdaulat. – BERNAMA
SUMBER : http://mynewshub.my
No comments:
Post a Comment