Pages

Tuesday 3 May 2011

MB Selangor tegur Angkatan Muda Keadilan



SHAH ALAM 2 Mei - Pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima tamparan apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor turut mengkritik tindak-tanduk mereka mencetuskan kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan masjid adalah tempat ibadat umat Islam dan sebarang aktiviti di dalam kawasan itu perlu dilakukan secara tertib.
"Saya tidak tahu dengan jelas mengenai kekecohan itu, tetapi kalau mereka (AMK) hendak berbincang, haruslah dengan cara yang terbaik.
"Salah satu perkara yang digalakkan bagi setiap umat Islam adalah mengimarahkan masjid dan penggunaan masjid itu harus tertib serta baik untuk tujuan bersolat, perkahwinan atau digunakan untuk mengadakan majlis angkat sumpah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jom Konvoi 2011 anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.
Jumaat lalu, suasana di dewan solat masjid berkenaan yang menjadi lokasi ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat kecoh berikutan tindakan provokasi anggota AMK dan penyokong parti pembangkang.
Kekecohan itu berlaku selepas solat Jumaat apabila penyokong pembangkang termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd. Akin cuba mengagalkan majlis lafaz sumpah laknat oleh Shazryl Eskay yang mewakili trio Datuk T bagi merungkai isu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
Ekoran kekecohan itu, beberapa anggota polis terpaksa menenangkan keadaan.

Sumber: (UTUSAN MALAYSIA 2/5/2011)

AGAK-AGAK APAKAH RESPON YANG AKAN KITA DENGAR DARIPADA KETUA AMK PKR NANTI.SAMA-SAMALAH KITA NANTIKAN!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...